Ahad, 28 April 2013




Buah Durian Pengikat Tali  pERSAUDARAan seKamPunG


dALAM sejarah kampung MokGie..,(Kg BiNdU)
Boleh dikatakan bahwa keseluruhan daripada kami di dalam Kg Bindu adalah mempunyai ikatan tali persaudaraan.

Dari hulu hingga ke hilir,dari darat hingga ke laut semuanya bersaudara.
Dari timur hingga ke barat,dari utara hingga ke selatan..semuanya anak buah cucu cicit Atok Hj Awang Dan isteri Atok Hjh Amnah Bte Mohd Saad..
                 
                             So..,bak kata orang tua2, jika kau cubit peha kiri,peha kanan akan turut 
merasa sakitnya.
Di dalam buku sejarah PENGHULU2 DI SUNGAI SIMPANG KANAN,terbitan Persatuan sejarah Batu Pahat..,terdapat nama2 atau tokoh sejarah asal usul Kg Bindu .
                                         
mAna mungkin sejarah di padam,dan dibuang begitu saja.
Orang yang tidak mengenang sejarah atau menolak mentah2 fakta2 sejarah..sama umpama lupa asal usul diri sendiri dan tiada salasilah keturunan..

 Sebagai bahan cerita menarik mengenai Kampung Bindu..Mokgie nak kongsikan mengenai :

Zaman tahun 1970an..,Bindu amat terkenal dengan buah duriannnya..
kira bangga jugak aku bila ada orang sebut2 atau bertanya2 pasal durian kami.Hingga ke Singapura 'GAH' nya kesedapan buah durian Bindu.

Bila tiba musim durian..,
Kebanyakan durian akan di hantar ke masjid sebagai tanda kesyukuran bagi mereka2 yang menanamnya.
Setelah itu baru lah durian boleh dijual atau di 'jamah'
oleh ahli keluarga..
Musim durian ialah bermaksud 'Musim mengumpul saudara mara dan musim mengenal dan menziarahi sauadara mara..
Di sinilah kehebatan dan manfaatnya Buah Durian.

EErrmmm...sedapnya durian..!!
Tapi keindahan durian serta kesedapannya sekarang ini telah di rampas oleh air banyak akibat banjir yang agak besar di kampung Bindu pada tahun 2007.
Pokok2 durian jadi mati dek air yang masam..Yang tinggal cuma sebatang dua saja..nak makan tanamlah sendiri..
Makan durian pula anda jangan lupa minum air dari dalam kulitnya bagi megelak demam WALLAHUA'LAM.

Jadi Kg Bindu tidak punya nama lagi yang mampu di'gah'kan atas nama buah durian.. 
yang sukakan berkebun..maka dapatlah kita makan hasilnya..
Terima Kasih Dollah kerana bagi durian yang sedap2..







Kejituan dan Semangat

Alhamdulillah..masih bernafas lagi kita untuk kesekian kalinya..
Dengan itu diizinkan ALLAH untuk Mokgie menukilkan apa juga yang terlintas di hati dan fikiran ini..

Agak lama Mokgie membiarkan blog ini sepi dan merajuk..bukan apa cuma kesuntukan masa dan urusan kerja yang sering menghambat.
Sebenarnya bukanlah ada kerja berat atau banyak mana pun..cuma manusia suka mencipta alasan...:P

Sudah bertahun Mokgie 'mengurung' diri di Kampung...Merasa suatu keperluan dan keutamaan untuk Mokgie terus berada di Kampung..Menjaga kebajikan ibunda tercinta.Mungkin ALLAH mahu Mokgie untuk terus bermuhasabah dan mengenal erti "Membalas Jasa Orang Tua'.

Mokgie bukanlah seorang yang berkerjaya yang hebat..,bukan juga seorang yang punyai banyak harta atau wang ringgit..Namun inilah dia dinamakan ketentuan ILLAHI..ALLAH mahu uji Mokgie dengan memberi Mokgie suatu tugasan yang sangat mencabar.Apakah Mokgie mampu?
Namun segala2nya Mokgie serah kepada TUHAN dan memohon agar Mokgie diberi kekuatan dan semangat yang kental.
Maklum saja..,seorang insan yang suka kepada adventure..,suka kepada cabaran dan kebebasan.akhirnya terperuk di kampung dan tak tahu nak buat apa..buntu rasanya di awal2 'penghijrahan' ini.
Setelah hampir 6 tahun menetap kembali di tanah tumpahnya darah..setelah bertungkus lumus menyesuaikan diri..ALHAMDULILLAH..akhirnya hati dan seluruh perasaan ini diselimuti ketenangan dan keredhaan..

Bersyukur..,sekurang2nya aku dapat menilai erti kehidupan,menilai di mana letaknya diri sendiri.
Bermuhasabah itu penting,bertafakkur itu juga penting..Kenali diri sendiri sebelum mengenali diri orang lain..
Cuma tahap pemikiran ku adakalanya tak selari dengan orang lain..Aku kena belajar dan terus belajar selok belok perpaduan,kesatuan dan ukhuwah.
Sebagai insan kerdil,aku sering menemui jalan yang berliku dan buntu.


Melihat kepada kawan2 dan saudara mara yang telah berjaya..adakala hati kecil ini rasa cemburu..tapi aku tak suka nak layan..dan aku bacakan a'uzubillahiminassyaitonnirrajiiimmm.
Kerana apa yang aku lakukan sekarang ini ..sangat besar ganjarannya di dunia dan akhirat.Inilah amanah dan tanggungjawab.

Adakala bila terdengar sindiran2 sinis tentang 'Mengapa aku tidak bekerja..mengapa aku itu mengapa aku ini'...Fuuhhh! susah juga nak fahamkan orang yang tak faham ni...ahhh..,Layaaannn je lah depa ni.Jika nak ikut rentak depa..mahu kita jadi tension dan meroyan.
Ahirnya..ALLAH anugerahkan aku dengan sebuah komputer 1Malaysia dan WiFi .Internet Tanpa Wayar..alhamdulillahhhh..
Namun asyik terlepas dari menikmati malam kerana lupa nak tidur dan siang tersasar dari mengagumi cahaya matahari..
Gara2 khusyuk dengan internet...ala bisa tegal biasa..sekarang tidak lagi. 

Yang paling utama..lakukanlah 
1-Sentiasa maafkan orang lain, 
2-Sentiasa mendoakan orang lain,
3-Buat kebaikan dan kebajikan untuk Ibubapa kita dan juga orang 
  lain..
Berapa kuatkah hati kita apabila kita nak maafkan perbuatan orang yang telah melukakan hati kita?...Puas memujuk..barulah aku sedar..bahwa aku jugak sering menyakiti hati orang lain..Maafkanlah aku..!
Tambah kapsyen
Tambah kapsyen





Jika kita inginkan Kebaikan ..Maka kita perlu berbuat kebaikan terhadap orang lain terlebih dahulu..