Selasa, 12 Julai 2011

Kisah Dan Sejarah

Aku dilahirkan dan dibesarkan di sebuah kampung yang tertua di Batu Pahat..iaitu Kg Bindu.
Kira warga jati Kg Bindu.Aku bangga menjadi anak jati Kampung ku sendiri.walau seburok mana pun kampung ku pada pandangan orang lain..aku tidak kisah.
Yang penting ia tempat tumpahnya darah ku.Mungkin juga tempat aku di kuburkan nanti.wallahua'lam


Aku tidak mahu mengkhianati tempat kelahiran ku..,jauh sekali untuk lupakan jasa baik dan budinya pada ku.
"Tempat jatuh lagikan dikenang,Inikan pula tempat dilahirkan dan dibesarkan"
Dalam sejarah keluargaku,aku adalah anak ke 8 daripada 9 adik beradik,walaupun asalnya 11 daripada 12 adik beradik..Wow..ramai tuuu..satu team bola sepak beb..
Apa nak buat..itu lah keistimewaan orang tua-tua kita..membuktikan bahwa tiada peralatan modern atau yang canggih manggih pun..boleh hasilkan zuriat yang ramai tanpa masalah dan pembedahan..Agaknya,apa yang boleh kita kongsikan mengenai kebaikan dan pengalaman orang tua kita dulu mengenai kesihatan dan kelahiran?
Aku tidak pula berminat untuk mencari jawapan mengenai itu semua.
Mungkin anda semua mempunyai maklumat yang lebih yang patut dikongsikan.


Memandangkan adikberadik ku yang ramai,ditambah pula dengan anak2 datok ku berserta kelahiran cucu2 baru..maka bertambah meriah dan riuh lah rumah datok ku itu..penghuni yang bertambah ramai telah menjadikan rumah datok ku memang sesuai untuk diduduki ramai orang.
No wonder rumah datok ku 'besar giler'jika dibuat perbandingan di zaman itu...tetapi zaman sekarang dah ramai yang telah membeli or membuat rumah yang besar2.Kesemuanya ada tujuan dan hasrat tertentu yang mana mereka saja yang tahu.
Baguslah jika ada ramai yang berkemampuan..aku gembira dengan perubahan ekonomi warga kampung kita.
Aku bukan bertujuan nak rasa riya' atau bangga atas 'besar'nya rumah datok ku ini..cuma nak berkongsi rasa dan nikmat 


Sebenarnya jika mengikut sejarah..Orang tua keturunan sebelah ibu ku yang telah membuka Kg Bindu.(sila baca buku sejarah Kg Bindu oleh Persatuan Sejarah Bt.Pahat)iaitu Penghulu Ragam dan anaknya bernama Rahmat dan anak Rahmat bernama Awang dan anak Awang bernama Idah (Mak Long Idah)isteri kepada Hj Yusof Bin Hj Awang.
Kisah Kampung ku yang bersulam dengan lagenda Selindang Delima. 
Hayati lah syair Selindang Delima yang telah aku pinjam nukilannya dari nota En.Hakim Hamid



Syair Selendang Delima (Asal Sejarah Kampung Bindu)

by Hakim Hamid on Tuesday, August 10, 2010 at 1:05pm
Inilah kisah asal bermula,
Sebuah kampung Bindu namanya,
Di Batu Pahat letaknya ia,
Di negeri Johor bumi merdeka.

Konon kisahnya dahulukala,
Batu-lah Pahat belum bernama,
Hanya yang ada pulau belaka,
Haiwan yang buas dan belantara.

Ada sebuah pulau bernama,
Antara banyak pulau yang ada,
Pulau bertuah banyak kisahnya,
Pulau-lah Bandu diberi nama.

Musim berlalu zaman beredar,
Siang berganti malam bertukar,
Kisah berlaku untuk didengar,
Buat tauladan jadi iktibar.

Kononnya zaman dewi dan dewa,
Di atas awan duduk bertakhta,
Indera kayangan nama negerinya,
Orang Bunian nama umatnya.

Tersebut juga di zaman ini,
Perihal Garuda burung diperi,
Beratnya tuan berlaksa keti,
Kerbau disambar setiap hari.

Orang diserang harta dipunggah,
Burung Garuda membawa padah,
Haiwan ternakan habis dijamah,
Nyawa pun hilang kampung dimusnah.

Orang kayangan tidak tertahan,
Pada manusia rasa kasihan,
Dari angkasa dikirim bantuan,
Agar Garuda dapat dilawan.

Sungguhpun niat murni dan suci,
Dikirim anakanda dan busur sakti,
Menghapus Garuda niat di hati,
Kehendak ALLAH tak dapat dinafi.

Konon terjalin kasih asmara,
Antara dewa dan manusia,
Akibat cinta api asmara,
Lahirlah ke dunia Selendang Delima.

Indera kayangan gegak gempita,
Kisah anakanda bermain cinta,
Akan ayahanda terlalu murka,
Lalu disumpah akan keduanya.

Setelah disumpah dicampak keduanya,
Di Pulau Bandu tempat tinggalnya,
Di dalam gua gelap gelita,
Sebagai batu dan rotan keduanya.

Malanglah pula datang menimpa,
Selendang Delima yang tidak berdosa,
Dihina dikeji dicaci dan nista,
Oleh manusia yang buruk akhlaknya.

ALLAH melihat lagi mendengar,
Akan hambaNYA yang taat dan ingkar,
Pada hukumNYA janganlah tegar,
ALLAH HU RABBI ALLAH HU AKBAR

Akhirnya nasib Selendang Delima,
Berubah baik dari derita,
Setelah bertemu ayah dan bonda,
Rotan dan batu bertukar rupa.

Kisah nan sedih buat teladan,
Orang yang susah dihina jangan,
Yatim piatu beri layanan,
Kelak dirimu dikasih Tuhan.

Itulah kisah konon cerita,
Di Pulau Bandu tempat jadinya,
Kini semuanya sudah tiada,
Cuma yang tinggal kesan bekasnya.

Pulaulah Bandu sudah berubah,
Ditelan zaman bertukar wajah,
Keliling pulau dilingkung lembah,
Lautnya kering lamalah sudah.

Kini yang tinggal hanyalah bukit,
Gua tersorok di dalam bukit,
Kisahnya turut sama terhimpit,
Hanya yang tahu ALLAH HU WAHID.

Setelah lama masa berlalu,
Puluhan zaman ribuan waktu,
Tetap dikenang sejarah lalu,
Kisah berlaku di Bukit Bandu.

Kisah yang lama jangan dilupa,
Buat tauladan sepanjang masa,
Bagai sempena riwayat kata,
Itulah Bindu, Bandu asalnya.


Extracted and Edited By: Mohd Hakim Abdul Hamid







Sejarah Nama 'MokGee'

  Nama glamour aku kat kampung Nozi..tapi nama Nozi seolah2 tidak ada makna yang sesuai. Seorang Guru pernah menyebut 'Nur Zie'..baru lah boleh dikaitkan dengan makna Nur itu Cahaya dan Zie itu Perhiasaan.
Aku baru faham apa erti disebalik kata2 AlMarhum Guru ku itu.
Bila dah nama Nozi..orang akan singkatkannya kepada "Jee'
Dan bila anak2 buah ku lahir..Mak Jee akhirnya jadi 
Mok Gee..hee..terasa glamour jugak nama tu KAN??
Yang paling gelihati..bila kawan baik ku datang rumah,dia terdengar anak2 buah ku memanggil aku dengan nama Mok Gee..jadi dia pun ikut syooo dia dengan memanggil aku dengan gelaran tersebut.Sampailah kini..nama aku di'seru' sebegitu samada mereka orang muda atau tua.MokGee! MokGee! MokGee...!!
Dan aku jadi gembira dan senang dengan panggilan itu..
Terima Kasih teman (Mazlina Hj Omar)..kerana mu..Nama MokGee meniti di bibir ahli keluarga dan kawan2 sekampung sehingga sekarang tanpa sesiapa yang boleh menirunya.(hik..hik..hikkk...)


Ahh..namun begitu ramai yang telah tertipu disebalik nama ku yang agak glamour dan konsevertif tu.. ini kerana nama ku yang sebenarnya jauh berbeza.
Menjadi kebiasaan Orang tua kita dolu-dolu..(dulu2)..Suka nak kaitkan atau meletakkan nama anak2 dengan nama orang tua mereka,dengan tujuan memperingati atau mengenang sejarah emak atau bapa mereka yang dah meninggal.
Tapi apa boleh buat,Andai aku dah boleh cakap masa tu,sure aku akan tegur mereka...Mana kan tidak???nama ku yang sebenar ialah Aminah sama seprti nama arwah nenek aku sebelah emak,Aminah Bt Jonid (berasal dari Melaka)
Pada asalnya emak ayah ku nak daftarkan nama ku sebagai Noziha.Tapi dinasihatkan menukar nama ku mengikut pandangan dan pendapat mereka.So inilah hasilnya.
Jauh juga episod perjalanan nama ku ini yek??
Well..nama Nurzie telah terus melekat di hati sedara mara serta jiran sekampung dan 'Aminah' pula terkenal di kalangan rakan2 sekolah.
Ini kerana zaman persekolahan ku dilingkungi kawasan bandar Batu Pahat,bukan Kg Bindu.Maaflah ya kawan2..zaman persekolahan kita tak sama dan tidak seakrab mana sejarahnya.