Khamis, 3 November 2011

Mokgee Nurzie :


Orang yg masuk tidur dgn membawa perkiraan dan keinsafan,bangun penuh kesyukuran,bekerja dan berehat dgn membawa kemaafan dan meminta maaf,


sesungguhnya orang itu faham erti hidup dan sangat berilmu

Cerita Tentang Laut



Ramai diantara kita mempunyai banyak kenangan dan pengalaman..,
MokGie cuma nak kongsi kisah Laut Mati@Dead Sea di Jordan.
Sebuah negara yang pernah MokGie singgah bersama beberapa orang rakan pada tahun 1997-2001.


Malangnya MokGie tidak berapa excited dengan Laut Mati ini..entah kenapa!!mungkin sejarah terjadinya Laut ini telah membuat MokGie takut dan gerun.Apatah lagi ia terletak bersebelahan dengan
Israel.


Agak menarik dan sangat bersejarah cerita tentang Laut Mati ini..
Adalah disyorkan agar kita melancong ke sana untuk dapatkan 'feel'nya.
Bezanya tentang Laut ini..tiada penghuni di dalamnya dan kemasinannya 7x lebih masin di laut lain.
Boleh baring sambil baca surat kabar..pasti anda tidak akan tenggelam dengan izin ALLAH.
Di laut inilah terdapat dan terhimpunnyanya garam yang banyak sekali di dunia. 


Gambar :Laut Mati @ Dead Sea Jordan

                                                             


MokGie cadangkan siapa2 yang nak mengetahui sejarah2 Islam dengan lebih mendalam
dan ingin merasai sendiri pengalaman berada di dalam Laut Mati,
maka
transit atau datanglah ke Jordan ini.Banyak kisah2nya yang boleh anda cungkil.


Di dalam program Jejak Rasul..,terdapat banyak kisah yang telah di sampaikan kepada penonton mengenai Laut Mati.


Selain lumpur2nya(mud) yang  juga turut bermanfaat kepada manusia untuk kegunaan kecantikan dan kesihatan.






Bagi yang ingin lebih atau ingin bertambah cantik..,disarankan gi ler ber'kubang' kat Laut Mati tu....MokGie tak nak...,taaakkuuuttt !!!


Anyway,tu semua perasaan MokGie jer.
Ambillah iktbar dan pelajaran dar apa yang telah berlaku.




Laut di Singapura,Perth Austrialia atau di Abu Dhai juga pernah 'mencuit' dan 'menggamit' kenangan MokGie.


MokGie pernah bekerja di Changi Beach Food Court..so,tiap petang dapat merayap kat beach tu...seronok kan??


Di Perth pula bila MokGie bekerja di sana sebagai general worker selama 3 bulan lebih..tak enjoy !!tiada kenangan yang dapat di kongsikan..,
Di Abu Dhabi pula..MokGie 'terpaksa transit' beberapa hari dengan beberapa kawan sekuliah akibat kapalterbang Gulf Air rosak di atas udara.
Bayangkan..kapalterbang terpaksa berlegar2 di udara selama 4 jam lebih sebelum boleh mendarat.
Yang paling 'menyayat ' hati ialah..berlegar2nya kapalterbang itu di bawahnya adalah laut...bayangkan lah..!


Apabila dah mendaratmaka semua penumpang yang perjalanannya ke Malaysia terpaksa dtangguhkan sehingga beberapa hari.
Maka transitlah kami semua di Abu Dhabi..suatu tempat yang tak pernah kami impikan untuk sampai.


Namun ia kenangan yang bersejarah dan indah.
Semua penumpang dapat tinggal di hotel atau resort.MokGie dan 3 lagi rakan..tinggal di resort yang berdekatan dengan Laut.
Makan tidur free selama beberapa hari..cuma yang tak seronok..kami tak ada pakaian lain..,semua pakaian kami dalam luggage besar.


Bayangkan???terpaksa kami mandi kemudian terus basuh baju..jika tidak ,apa yang boleh kami pakai??Sebelum tu kami terpaksa berselimut dengan 'gebar' hotel sementara tunggu pakaian kering.


Last sekali...,kami dapat pulang ke tanah air dengan kapalterbang Malaysia(MAS) yang di sewa khas untuk kami semua penumpang.


Yaaa huuu...alhamdulillah..alhamdulillah ..alhamdulillah..! semuanya selamat dan sehat..


Inilah pengalaman2 MokGie yang sempat MokGie kutip dan kongsikan bersama pembaca sekelian.
 Yang Baik Dijadikan Teladan,Yang Kurang Baik,jadikan peringatan dan panduan.


wassalam.




Petra Jordan juga salah satu dari tarikan untuk tatapan pembaca yang sempat MokGie dedah kan sedikit.





                                                     


Indahnya Alam Semesta..

Sewaktu-waktu Mok Gie berumur kurang 5 tahun,
Mok Gie pernah melancong ke Pulau Pinang..bersama-sama adik beradik yang lain.Waktu itu arwah 'Encik'ku (ayah ku)bersama seorang rakannya telah membawa kami berkelah ke Pulau Pinang..
Namun begitu keseronokan itu ..tidak dapat hendak ku bayangkan semula kerana mungkin Mok Gie terlalu muda dan tidak mengingatkan apa2 peristiwa..
Cuma yang boleh Mok Gie ingat ialah sewaktu naik Tram ke Bukit Bendera,sewaktu naik Feri dan yang paling tidak boleh MokGie lupakan apabila MokGie lemas kerana dipukul ombak sewaktu bermain2 di tepi pantai.


Alamaaakkk..tak ingat sangat lah kisah tu...cuma yang seingat MokGie,MokGie tergolek2 dalam pasir dibawa ombak dan terminum air laut berulam pasir...sekejap bergolek ke laut dan hilang dari pandangan,sekejap bergolek ke pantai berbalut pasir yang memutih..
       kwang..kwang..kwang..!!!


Bridge Over Sol Duc Falls, Olympic National ParkMountain Mist, Alberta, Canada      IDIce Lightning

Ahh..sejarah itu..sekejap MokGie ingat,sekejap MokGie lupa..tambahan dah tua2 begini...payau untuk MokGie me'rewind'kannya kembali.

Namun begitu..mujur (alhamdulillah) MokGie tidak ter'FOBIA' dengan laut.
Mujur juga MokGie lupa sejarah tu..kalau tidak..mungkin sampai sekarang MokGie akan takut kepada air atau laut.

Bercerita-cerita pasal laut ni.. mengenai laut dan pantai ni..MokGie terkenang2 sewaktu berada di Tauranga,New Zealand tahun 2004 dulu..Sewaktu sedang melewati kawasan pantai ,kami sempat jugak menghayati mamat2 New Zealand sedang ber'surf' di pantai..caya lah..tergamam dengan keindahan laut di New Zealand..cantikkk..,biru,hijau dan berombak lembut..beralun...alangkah seronoknya jika dapat berenang dan 'berkubang' tapi kami takut nak join..ramai sangat/
apa2pun
Sempat juga mata ini melerek ke mamat dan minah2 yang 'tertebeng' kat tepi pantai tu..
Tidak di nafikan,New Zealand memang mempunyai pemandangan pantai yang cantik2 belaka.MokGie selalu syorkan pada kawan2 atau sedara mara jika nak honey moon..jika ada belanja besar..pergi lah ke New Zealand..
Subhanallah..!!! 
jika cantik di dunia..di syurga pasti 1000x lebih cantiknya.

Apa yang istimewanya di NZ ni..selain pemandangannya,penduduknya agak ramah,sesuai dengan kehijaun dan keredupan alam fauna mereka.
Bukan MokGie bermaksud mengagungkan negara orang tetapi..Ciptaan ALLAH itu indah di mana2 saja.
Kebersihan air mereka..,bukit bukau yang nyaman..ahh..! sempat jugak MokGie menyelusuri gunung2 mereka dengan memandu kereta hingga ke ladang2 KIWI mereka..
Penanaman KIWI mereka bersistematik dan cantik..tersusun rapi dan 
menggambarkan bahwa..'patut'lah..Kiwi itu berkhasiat dan mahal.
Ada juga pekerja2 di ladang kiwi tersebut yang sempat MokGie dan rakan temui datangnya dari Malaysia..keseluruhannya Chienes.Mereka tinggal dalam kabin2 yang murah sewanya.Taukeh Kabin ni pernah bekerja di Singapura beberapa tahun,so dia mahir dengan kehidupan orang2 dari tempat kita.So,dia friendly lah kat pekerja Malaysia.
Purata pendapatan pekerja2 Malaysia ni sebulan dalam lingkungan rm10-20 ribu..(jika mereka cepat dan cekap)
Kenderaan mereka setiap 2/3 bulan atau 5/6 bulan sekali pasti tukar..
Nak beli kereta di NZ ni memang sangat mudah dan murah..proses dalam masa 20/30 minit dah siap...siap tukar hak milik lagi.
Cuma jika kereta tu ada karat atau kemek2 sikit..maka susah nak baharui cukai jalan..kena baiki dulu baru boleh keluarkan cukai.
lesen.,boleh pakai lesen Malaysia..kan seronok tu..!

Dan yang paling best..pemandu2 diNZ sangat bersistematik(yang Mokgie nampak di Tauranga)misalnya..jika papantanda tulis 60km maka mereka akan pandu 60km..tak lebih tak kurang.Mereka jarang 
x'cident'!!

Jauh perjalanan ,Luas Pengalaman..benarlah pepatah itu..
MokGie sangat mengidamkan untuk memiliki Boat yang ada seperti di NZ tu,berlambak2 kat jeti mereka..fuuuhhh!terliuq seeehh! 
 MokGie juga bercita2 ingin sekali memiliki caravan..bessstttnya kalau dapat.!!
Tapi di Malaysia tak ada kebenaran untuk membawanya di jalan raya..huuuwwwaaaa...!!
Impian hanya tinggal impian..!!



Suatu Perjalanan Yang Jauh





Maaf ,terlalu lama aku menyepikan diri dari mengemas kini blog ku...'
Bukan sengaja,cuma ada masalah teknikal..dan mungkin juga  kesuntukan masa..


Walau apa pun ini bukan alasan munasabah...yang harus aku jadikan 'pertahanan' diri.


Syukur ya ALLAH,Ya Rahman..,Ya Rahiim..
Aku masih lagi bernafas dan masih diberi pinjaman kekuatan akal,hati dan kecekalan.


Dalam menyingkap semula kisah dan pengalaman2 ku di sepanjang hampir 50 tahun..seingat aku..tiada yang 'indah' ,tiada yang 'manis' yang boleh ku kongsi kan..
Rasanya yang pahit lebih 'menguasai' daripada yang 'mengujakan'


Namun sebagai manusia..sejarah yang pahit biasanya akan jadi manis selepas ia berlalu bertahun2.


Benar kata pepatah dan nasihat pujangga...'TIDAK SEMUA YANG KITA HARAPKAN,AKAN MENJADI MILIK KITA ,Dan aku mempersetujuinya untuk sepanjang dekad ini..


Namun setelah beberapa siri kuliah yang aku hadiri serta seminar yang 'terpaksa' aku kunjungi...
Kini baru lah aku sedar...sebenarnya..ALLAH sentiasa menyuruh kita meminta padaNYA,
hanya aku saja yang 'Sombong' dan 'Dungu' akan maksud Firman ALLAH tersebut..


ALLAH kata.."Pintalah Pada KU,Nescaya Akan AKU Perkenankan"
tetapi bagaimana caranya nak minta??kenapa aku tiap hari 5x atau 10x mintak masih tak jugak dapat-dapat ??!!


Dah setengah abad umur pun aku masih jugak 'tak pandai',masih 'bebal' untuk meminta pada ALLAH..
Walau apapun aku sedar sebenarnya,selagi kita konsisten meminta dan yakin..insyaALLAH..pasti akan bertemu jawapannya..


Rasanya tidak sia-sia aku hadir seminar "Rahsia Otak Kanan Terbongkar" oleh Dr.Shofri Azral pada tahun 2009 lalu.
Sedikit sebanyak..,aku faham kenapa,mengapa dan dan di mana silapnya aku berdoa selama ini.


Bagi sesiapa yang telah ikuti seminar intensif tersebut dan telah bersungguh2 menjalani latihan..pasti dah dapat 'jawapan'.
Tahniah atas kesungguhan anda..tahniah atas kejayaan anda,kami dan kita semua.


Mana2 yang belum berhasil,jangan putus asa.Mintak...Mintak...Dan Mintak lah pada ALLAH selalu tanpa jemu..cuma 'guide'perlu ada.


Cara berdoa :Amat Penting..
Dulu,aku rupa2nya salah berdoa..tak ikut 'tune'..main hentam jek.!
No wonder..kejap aku nak 'jadi' orang macam ni..,kejap bercita2 macam itu..,kejap2 nak tu,nak ni...ffuuuhhh! melalut2 dan 'jauh'
perjalanan batin ku.


Kekadang macam tak lojik tapi itu lah realiti.
Sebenarnya kita selalu tidak menggunakan 'Roh' kita..tidak menguna roh kita dalam semua urusan.Mungkin jugak kita tak tahu macamana nak guna atau mungkin juga tersalah guna..!!!


Ini bermakna..kita solat setiap hari 5 waktu..tidak khusuyuk..sebab roh kita tidak menghadap ALLAH 100%...
Ini lah aku sebenarnya..,


Aku telah melalui "Suatu Perjalanan Yang Jauh"..tetapi Alhamdulillah ...ALLAH bagi aku Petunjuk dan Rahmat Nya Yang Maha Agung..!!!
Aku minta pada NYA agar aku tidak lagi menjadi hamba yang teraba-raba di masa2 akan datang.


Marilah kita setiap hari berdoa "Ya ALLAH..Guide lah aku ke jalan MU.."(ih dinas sirotal mustakiimm)


InsyaALLAH...
ok bertemu lagi kita di lain siaran..
wassalam & wallahua'lam