Selasa, 12 Julai 2011

Kisah Dan Sejarah

Aku dilahirkan dan dibesarkan di sebuah kampung yang tertua di Batu Pahat..iaitu Kg Bindu.
Kira warga jati Kg Bindu.Aku bangga menjadi anak jati Kampung ku sendiri.walau seburok mana pun kampung ku pada pandangan orang lain..aku tidak kisah.
Yang penting ia tempat tumpahnya darah ku.Mungkin juga tempat aku di kuburkan nanti.wallahua'lam


Aku tidak mahu mengkhianati tempat kelahiran ku..,jauh sekali untuk lupakan jasa baik dan budinya pada ku.
"Tempat jatuh lagikan dikenang,Inikan pula tempat dilahirkan dan dibesarkan"
Dalam sejarah keluargaku,aku adalah anak ke 8 daripada 9 adik beradik,walaupun asalnya 11 daripada 12 adik beradik..Wow..ramai tuuu..satu team bola sepak beb..
Apa nak buat..itu lah keistimewaan orang tua-tua kita..membuktikan bahwa tiada peralatan modern atau yang canggih manggih pun..boleh hasilkan zuriat yang ramai tanpa masalah dan pembedahan..Agaknya,apa yang boleh kita kongsikan mengenai kebaikan dan pengalaman orang tua kita dulu mengenai kesihatan dan kelahiran?
Aku tidak pula berminat untuk mencari jawapan mengenai itu semua.
Mungkin anda semua mempunyai maklumat yang lebih yang patut dikongsikan.


Memandangkan adikberadik ku yang ramai,ditambah pula dengan anak2 datok ku berserta kelahiran cucu2 baru..maka bertambah meriah dan riuh lah rumah datok ku itu..penghuni yang bertambah ramai telah menjadikan rumah datok ku memang sesuai untuk diduduki ramai orang.
No wonder rumah datok ku 'besar giler'jika dibuat perbandingan di zaman itu...tetapi zaman sekarang dah ramai yang telah membeli or membuat rumah yang besar2.Kesemuanya ada tujuan dan hasrat tertentu yang mana mereka saja yang tahu.
Baguslah jika ada ramai yang berkemampuan..aku gembira dengan perubahan ekonomi warga kampung kita.
Aku bukan bertujuan nak rasa riya' atau bangga atas 'besar'nya rumah datok ku ini..cuma nak berkongsi rasa dan nikmat 


Sebenarnya jika mengikut sejarah..Orang tua keturunan sebelah ibu ku yang telah membuka Kg Bindu.(sila baca buku sejarah Kg Bindu oleh Persatuan Sejarah Bt.Pahat)iaitu Penghulu Ragam dan anaknya bernama Rahmat dan anak Rahmat bernama Awang dan anak Awang bernama Idah (Mak Long Idah)isteri kepada Hj Yusof Bin Hj Awang.
Kisah Kampung ku yang bersulam dengan lagenda Selindang Delima. 
Hayati lah syair Selindang Delima yang telah aku pinjam nukilannya dari nota En.Hakim Hamid



Syair Selendang Delima (Asal Sejarah Kampung Bindu)

by Hakim Hamid on Tuesday, August 10, 2010 at 1:05pm
Inilah kisah asal bermula,
Sebuah kampung Bindu namanya,
Di Batu Pahat letaknya ia,
Di negeri Johor bumi merdeka.

Konon kisahnya dahulukala,
Batu-lah Pahat belum bernama,
Hanya yang ada pulau belaka,
Haiwan yang buas dan belantara.

Ada sebuah pulau bernama,
Antara banyak pulau yang ada,
Pulau bertuah banyak kisahnya,
Pulau-lah Bandu diberi nama.

Musim berlalu zaman beredar,
Siang berganti malam bertukar,
Kisah berlaku untuk didengar,
Buat tauladan jadi iktibar.

Kononnya zaman dewi dan dewa,
Di atas awan duduk bertakhta,
Indera kayangan nama negerinya,
Orang Bunian nama umatnya.

Tersebut juga di zaman ini,
Perihal Garuda burung diperi,
Beratnya tuan berlaksa keti,
Kerbau disambar setiap hari.

Orang diserang harta dipunggah,
Burung Garuda membawa padah,
Haiwan ternakan habis dijamah,
Nyawa pun hilang kampung dimusnah.

Orang kayangan tidak tertahan,
Pada manusia rasa kasihan,
Dari angkasa dikirim bantuan,
Agar Garuda dapat dilawan.

Sungguhpun niat murni dan suci,
Dikirim anakanda dan busur sakti,
Menghapus Garuda niat di hati,
Kehendak ALLAH tak dapat dinafi.

Konon terjalin kasih asmara,
Antara dewa dan manusia,
Akibat cinta api asmara,
Lahirlah ke dunia Selendang Delima.

Indera kayangan gegak gempita,
Kisah anakanda bermain cinta,
Akan ayahanda terlalu murka,
Lalu disumpah akan keduanya.

Setelah disumpah dicampak keduanya,
Di Pulau Bandu tempat tinggalnya,
Di dalam gua gelap gelita,
Sebagai batu dan rotan keduanya.

Malanglah pula datang menimpa,
Selendang Delima yang tidak berdosa,
Dihina dikeji dicaci dan nista,
Oleh manusia yang buruk akhlaknya.

ALLAH melihat lagi mendengar,
Akan hambaNYA yang taat dan ingkar,
Pada hukumNYA janganlah tegar,
ALLAH HU RABBI ALLAH HU AKBAR

Akhirnya nasib Selendang Delima,
Berubah baik dari derita,
Setelah bertemu ayah dan bonda,
Rotan dan batu bertukar rupa.

Kisah nan sedih buat teladan,
Orang yang susah dihina jangan,
Yatim piatu beri layanan,
Kelak dirimu dikasih Tuhan.

Itulah kisah konon cerita,
Di Pulau Bandu tempat jadinya,
Kini semuanya sudah tiada,
Cuma yang tinggal kesan bekasnya.

Pulaulah Bandu sudah berubah,
Ditelan zaman bertukar wajah,
Keliling pulau dilingkung lembah,
Lautnya kering lamalah sudah.

Kini yang tinggal hanyalah bukit,
Gua tersorok di dalam bukit,
Kisahnya turut sama terhimpit,
Hanya yang tahu ALLAH HU WAHID.

Setelah lama masa berlalu,
Puluhan zaman ribuan waktu,
Tetap dikenang sejarah lalu,
Kisah berlaku di Bukit Bandu.

Kisah yang lama jangan dilupa,
Buat tauladan sepanjang masa,
Bagai sempena riwayat kata,
Itulah Bindu, Bandu asalnya.


Extracted and Edited By: Mohd Hakim Abdul Hamid







11 ulasan:

  1. Hakim Hamid, anak kepada Cikgu roha, kenal sgt2., saya juga anak kelahiran Kg Bindu. Kg yg pesat menbangun, bangga menjadi warga Kg Bindu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..lebih cantik jika awak dpt perkenalkan diri..anak siapa..Untuk mendapat maklumat yg terkini tentang Warga Kampung Bindu sila join facebook 'Kami Anak Bindu'..insyaaALLAH anda enjoy.

      Padam
  2. Saya mencari kawan lama di kg bindu nama dia aishah binti onn atau org panggil dia Anne. . Ibu dia pesara jururawat di klinik kesihatan bindu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya..betul ada,cuma Anne telah berumahtangga dan tinggal di Cheras Kuala Lumpur..Jika pernah datang ke Kg Bindu..masih boleh ziarah ke dua ibubapa Anne..insyaALLAH saya cuba sampaikan mesej anda.cuma maklumkan saya siapa nama anda dan bagaimana untuk dihubungi.

      Padam
    2. atau masuk ke akaun f/book Kami Anak Bindu..ada aisyatul asyikin di situ..awak boleh berhubung terus dgnnya.TQ dan terima kasih atas kunjungan anda di blog ini.

      Padam
  3. ...Kak Nozi, syair ini bukan syair Selindung Delima. Ini Syair Kampung Bindu, saya yang reka. Saya bubuh dalam buku silsilah. Syair Selindung Delima masih belum saya transliterasikan dari jawi ke rumi. Saya jumpa manuskripnya di Pusat Manuskrip Perpustakaan Negara sekitar tahun 2011 dulu. Nama kisah yang sebenar ialah Selindung Delima, buka Selendang Delima.....

    BalasPadam
  4. Oh..yaaa..ker? maknanya salah info dan salah maklumatnya..ok nti mokgie perbetulkannya.
    Maaf ya..Jika Selidang Delima dah di transliterasikan..hantarkan kpd mokgie yaa..apa kata kita buat blog Kg Bindu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah, tapi lambat lerr sket, sebab saya ini kureng sket bab jawi....he he he.....tak pandai sangat, walaupun asal usul orang Johor... hmmmm, mengenai blog tu, saya rasa kalu nak buat tak der masalah, tapi yang nak tadbir dia nanti..... kena selalu `up-date`.... kalau ada orang yang nak `jaga` boleh diusahakan....

      Padam
  5. Terima Kasih atas respon dan segala maklumat.

    BalasPadam
  6. Kg Bindu sebuah kampung tertua di Batu Pahat yg mengandungi pelbagai cerita sejarah yg amat membanggakan utk dijadikan pedoman anak2 Bindu utk mencipta kejayaan mencapai kegemilangan. Penghulu Rahmat bin Ragam yg dilahirkan di Kg Bindu merupakan org penting yg merencanakan pembukaan daerah Batu Pahat. Sebagai mengenang jasanya, sebatang parit di Kg Bindu telah dinamakan dgn nama Pt Rahmat yg kini lbh dikenali dgn nama Pt.Baru
    Selain itu sebatang jalan utama di Batu Pahat iaitu Jalan Rahmat juga dinamakan sempena nama beliau.

    BalasPadam
  7. http://reretaipan88.blogspot.com/2018/06/hallo-sahabat-taipanqq-semua.html
    http://reretaipan88.blogspot.com/2018/06/asiataipan-taipanqq-taipanbiru-menu.html

    Taipanbiru
    TAIPANBIRU . COM | QQTAIPAN .NET | ASIATAIPAN . COM |
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID terbaik nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
    • BandarQ
    • AduQ
    • Capsasusun
    • Domino99
    • Poker
    • BandarPoker
    • Sakong
    • Bandar66

    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : D60E4A61

    Daftar taipanqq

    Taipanqq

    taipanqq.com

    Agen BandarQ

    Kartu Online

    Taipan1945

    Judi Online

    AgenSakong

    BalasPadam