Khamis, 3 November 2011

Cerita Tentang Laut



Ramai diantara kita mempunyai banyak kenangan dan pengalaman..,
MokGie cuma nak kongsi kisah Laut Mati@Dead Sea di Jordan.
Sebuah negara yang pernah MokGie singgah bersama beberapa orang rakan pada tahun 1997-2001.


Malangnya MokGie tidak berapa excited dengan Laut Mati ini..entah kenapa!!mungkin sejarah terjadinya Laut ini telah membuat MokGie takut dan gerun.Apatah lagi ia terletak bersebelahan dengan
Israel.


Agak menarik dan sangat bersejarah cerita tentang Laut Mati ini..
Adalah disyorkan agar kita melancong ke sana untuk dapatkan 'feel'nya.
Bezanya tentang Laut ini..tiada penghuni di dalamnya dan kemasinannya 7x lebih masin di laut lain.
Boleh baring sambil baca surat kabar..pasti anda tidak akan tenggelam dengan izin ALLAH.
Di laut inilah terdapat dan terhimpunnyanya garam yang banyak sekali di dunia. 


Gambar :Laut Mati @ Dead Sea Jordan

                                                             


MokGie cadangkan siapa2 yang nak mengetahui sejarah2 Islam dengan lebih mendalam
dan ingin merasai sendiri pengalaman berada di dalam Laut Mati,
maka
transit atau datanglah ke Jordan ini.Banyak kisah2nya yang boleh anda cungkil.


Di dalam program Jejak Rasul..,terdapat banyak kisah yang telah di sampaikan kepada penonton mengenai Laut Mati.


Selain lumpur2nya(mud) yang  juga turut bermanfaat kepada manusia untuk kegunaan kecantikan dan kesihatan.






Bagi yang ingin lebih atau ingin bertambah cantik..,disarankan gi ler ber'kubang' kat Laut Mati tu....MokGie tak nak...,taaakkuuuttt !!!


Anyway,tu semua perasaan MokGie jer.
Ambillah iktbar dan pelajaran dar apa yang telah berlaku.




Laut di Singapura,Perth Austrialia atau di Abu Dhai juga pernah 'mencuit' dan 'menggamit' kenangan MokGie.


MokGie pernah bekerja di Changi Beach Food Court..so,tiap petang dapat merayap kat beach tu...seronok kan??


Di Perth pula bila MokGie bekerja di sana sebagai general worker selama 3 bulan lebih..tak enjoy !!tiada kenangan yang dapat di kongsikan..,
Di Abu Dhabi pula..MokGie 'terpaksa transit' beberapa hari dengan beberapa kawan sekuliah akibat kapalterbang Gulf Air rosak di atas udara.
Bayangkan..kapalterbang terpaksa berlegar2 di udara selama 4 jam lebih sebelum boleh mendarat.
Yang paling 'menyayat ' hati ialah..berlegar2nya kapalterbang itu di bawahnya adalah laut...bayangkan lah..!


Apabila dah mendaratmaka semua penumpang yang perjalanannya ke Malaysia terpaksa dtangguhkan sehingga beberapa hari.
Maka transitlah kami semua di Abu Dhabi..suatu tempat yang tak pernah kami impikan untuk sampai.


Namun ia kenangan yang bersejarah dan indah.
Semua penumpang dapat tinggal di hotel atau resort.MokGie dan 3 lagi rakan..tinggal di resort yang berdekatan dengan Laut.
Makan tidur free selama beberapa hari..cuma yang tak seronok..kami tak ada pakaian lain..,semua pakaian kami dalam luggage besar.


Bayangkan???terpaksa kami mandi kemudian terus basuh baju..jika tidak ,apa yang boleh kami pakai??Sebelum tu kami terpaksa berselimut dengan 'gebar' hotel sementara tunggu pakaian kering.


Last sekali...,kami dapat pulang ke tanah air dengan kapalterbang Malaysia(MAS) yang di sewa khas untuk kami semua penumpang.


Yaaa huuu...alhamdulillah..alhamdulillah ..alhamdulillah..! semuanya selamat dan sehat..


Inilah pengalaman2 MokGie yang sempat MokGie kutip dan kongsikan bersama pembaca sekelian.
 Yang Baik Dijadikan Teladan,Yang Kurang Baik,jadikan peringatan dan panduan.


wassalam.




Petra Jordan juga salah satu dari tarikan untuk tatapan pembaca yang sempat MokGie dedah kan sedikit.





                                                     


1 ulasan:

  1. Wah, banyak pengalaman Kak Nozi. Terima kasihlah kerana sudi berkongsi di sini.

    BalasPadam