Khamis, 3 November 2011

Indahnya Alam Semesta..

Sewaktu-waktu Mok Gie berumur kurang 5 tahun,
Mok Gie pernah melancong ke Pulau Pinang..bersama-sama adik beradik yang lain.Waktu itu arwah 'Encik'ku (ayah ku)bersama seorang rakannya telah membawa kami berkelah ke Pulau Pinang..
Namun begitu keseronokan itu ..tidak dapat hendak ku bayangkan semula kerana mungkin Mok Gie terlalu muda dan tidak mengingatkan apa2 peristiwa..
Cuma yang boleh Mok Gie ingat ialah sewaktu naik Tram ke Bukit Bendera,sewaktu naik Feri dan yang paling tidak boleh MokGie lupakan apabila MokGie lemas kerana dipukul ombak sewaktu bermain2 di tepi pantai.


Alamaaakkk..tak ingat sangat lah kisah tu...cuma yang seingat MokGie,MokGie tergolek2 dalam pasir dibawa ombak dan terminum air laut berulam pasir...sekejap bergolek ke laut dan hilang dari pandangan,sekejap bergolek ke pantai berbalut pasir yang memutih..
       kwang..kwang..kwang..!!!


Bridge Over Sol Duc Falls, Olympic National ParkMountain Mist, Alberta, Canada      IDIce Lightning

Ahh..sejarah itu..sekejap MokGie ingat,sekejap MokGie lupa..tambahan dah tua2 begini...payau untuk MokGie me'rewind'kannya kembali.

Namun begitu..mujur (alhamdulillah) MokGie tidak ter'FOBIA' dengan laut.
Mujur juga MokGie lupa sejarah tu..kalau tidak..mungkin sampai sekarang MokGie akan takut kepada air atau laut.

Bercerita-cerita pasal laut ni.. mengenai laut dan pantai ni..MokGie terkenang2 sewaktu berada di Tauranga,New Zealand tahun 2004 dulu..Sewaktu sedang melewati kawasan pantai ,kami sempat jugak menghayati mamat2 New Zealand sedang ber'surf' di pantai..caya lah..tergamam dengan keindahan laut di New Zealand..cantikkk..,biru,hijau dan berombak lembut..beralun...alangkah seronoknya jika dapat berenang dan 'berkubang' tapi kami takut nak join..ramai sangat/
apa2pun
Sempat juga mata ini melerek ke mamat dan minah2 yang 'tertebeng' kat tepi pantai tu..
Tidak di nafikan,New Zealand memang mempunyai pemandangan pantai yang cantik2 belaka.MokGie selalu syorkan pada kawan2 atau sedara mara jika nak honey moon..jika ada belanja besar..pergi lah ke New Zealand..
Subhanallah..!!! 
jika cantik di dunia..di syurga pasti 1000x lebih cantiknya.

Apa yang istimewanya di NZ ni..selain pemandangannya,penduduknya agak ramah,sesuai dengan kehijaun dan keredupan alam fauna mereka.
Bukan MokGie bermaksud mengagungkan negara orang tetapi..Ciptaan ALLAH itu indah di mana2 saja.
Kebersihan air mereka..,bukit bukau yang nyaman..ahh..! sempat jugak MokGie menyelusuri gunung2 mereka dengan memandu kereta hingga ke ladang2 KIWI mereka..
Penanaman KIWI mereka bersistematik dan cantik..tersusun rapi dan 
menggambarkan bahwa..'patut'lah..Kiwi itu berkhasiat dan mahal.
Ada juga pekerja2 di ladang kiwi tersebut yang sempat MokGie dan rakan temui datangnya dari Malaysia..keseluruhannya Chienes.Mereka tinggal dalam kabin2 yang murah sewanya.Taukeh Kabin ni pernah bekerja di Singapura beberapa tahun,so dia mahir dengan kehidupan orang2 dari tempat kita.So,dia friendly lah kat pekerja Malaysia.
Purata pendapatan pekerja2 Malaysia ni sebulan dalam lingkungan rm10-20 ribu..(jika mereka cepat dan cekap)
Kenderaan mereka setiap 2/3 bulan atau 5/6 bulan sekali pasti tukar..
Nak beli kereta di NZ ni memang sangat mudah dan murah..proses dalam masa 20/30 minit dah siap...siap tukar hak milik lagi.
Cuma jika kereta tu ada karat atau kemek2 sikit..maka susah nak baharui cukai jalan..kena baiki dulu baru boleh keluarkan cukai.
lesen.,boleh pakai lesen Malaysia..kan seronok tu..!

Dan yang paling best..pemandu2 diNZ sangat bersistematik(yang Mokgie nampak di Tauranga)misalnya..jika papantanda tulis 60km maka mereka akan pandu 60km..tak lebih tak kurang.Mereka jarang 
x'cident'!!

Jauh perjalanan ,Luas Pengalaman..benarlah pepatah itu..
MokGie sangat mengidamkan untuk memiliki Boat yang ada seperti di NZ tu,berlambak2 kat jeti mereka..fuuuhhh!terliuq seeehh! 
 MokGie juga bercita2 ingin sekali memiliki caravan..bessstttnya kalau dapat.!!
Tapi di Malaysia tak ada kebenaran untuk membawanya di jalan raya..huuuwwwaaaa...!!
Impian hanya tinggal impian..!!



2 ulasan:

  1. Perjalanan dari Malaysia ke NZ mengambil masa selama 10 jam..halal food ada jugak tapi kena cari...So jika nak pergi..,kira dulu duit dalam poket.

    BalasPadam